ALHAMDULILLAH...
Menjengah ke entry entry lama membawa aku ke masa silam.
Entah kenapa hati ini bagai dipaksa-paksa untuk membaca kisah-kisah lama.
Terutama kisah bersama anak-anak sewaktu mereka kecil.
Macam-macam kerenah.
Macam-macam perangai.
Ada yang tiba-tiba tersembur gelak..
Ada yang tak semena-mena mengalir air mata.
Kenangan lalu memang indah untuk dikenang. Tapi pahit untuk ditelan.
Aku tak tahu kenapa, since malam tadi smpai ke hari ini, masih tak move on lagi aku dengan cerita-cerita lama didalam blog ni.
Mungkin bila aku dah tak ada nanti, blog ini akan menjadi kenangan pula untuk anak-anak aku.
Itu pon kalau diorang tahu yang ibu mereka ni penulis blog yang berjaya satu ketika dulu.. hehe!
Entah apa yang aku rindukan..
Entah apa yang aku fikirkan..
Aku bukan tak tenang..
Tapi ada satu perasaan dalam diri ni yang sukar untuk aku ceritakan..
Bukan aku tak bahagia...
Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan kehidupan yang aku ada sekarang.
Allah melimpahkan rezeki buat aku dan keluarga mengikut kadar kami.
Alhamdulillah a'la kuli hal..
Aku selalu bersyukur...
Anak-anak aku pun dah besar.
Kakak dan Adik Mamat dah remaja sekarang.
Alhamdulillah...
Dua beradik tu dah habis sekolah menengah.
Kakak Dina sekarang tengah tunggu panggilan untuk sambung degree after setahun di Kolej Matrikulasi Arau.
Anak ibu dah cantik...
Ibu sangat-sangat tak sangka dengan kemajuan kakak, kemampuan kakak untuk belajar smpai ke sana.
Bila baca balik kisah-kisah dia masa sekolah tadika, sekolah rendah, Subhanallah...
Tak banyak beza pon perangai dia.
Dia seorang yang sangat suka pergi sekolah. Kalau boleh takmau ponteng sekolah.
Setiap kali cuti, tak sabar nak tunggu hari Isnin bukak sekolah.
Kakak juga seorang yang sangat tumpukan pada pelajaran sebab kakak tahu, kakak seorang yang sederhana pandai. Kakak kena usaha lebih jika kakak nak setanding dgn kawan-kawan kakak yang pandai.
Berperang mulut dengan ibu, still .. sampai sekarang.
Dia tetap akan menjawab dan argue dengan ibu.
Merajuk, memangis, memberontak, memang itu lah perangai dia bila nak lepaskan perasaan.
Dari dulu masih sama.
Kelembutan tingkah laku, lemah gemalai, pon masih sama.
Itu lah anak dara ibu...
Garang luaran, lembut dalaman..
Adik Muhammad Shah Dariwsh sekarang sedang sambung belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Menyambung legasi ibu dan papa dalam Politeknik.
Alhamdulillah, adik dapat sambung belajar dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrinok (komputer).
Takde dah adik yang checky.. yang manja.. yang comel.. yang banyak cincong..
Sekarang dah jadi anak teruna, hensem, kurus, tinggi, (TDH=Tall Dark Hensome) haha!
Dan agak pendiam orang nya.
Hanya berbual bila perlu dan dengan orang-orang tertentu sahaja.
Tapi, bagi ibu, adik tetap anak manja ibu.
Ya!
Mungkin aku rindu masa bersama mereka kecil-kecil dulu..
Walaupun boleh naik angin, naik darah, tapi... cabaran membesarkan anak-anak dah aku dapat kemanisan nya sekarang.
Ibu sentiasa mendoakan keselamatan, kesihatan dan kejayaan anak-anak ibu.
Semoga anak-anak ibu sentiasa berada di dalam jagaan Allah SWT walau dimana pon berada.
Ibu sayang anak-anak ibu dunia akhirat.
Semoga Allah mengurniakan aku sedikit kemanisan di Syurga kerana menjaga amanah Allah ini dengan baik walaupun belum sempurna.
Alhamdulillah..
Sedikit ketenangan telah terlerai dengan menaip panjang-pajang macam ni.
Sedikit ketenangan telah terlerai dengan menaip panjang-pajang macam ni.
Rindu nak menulis pon sama.
Sebab dulu aku suka meluahkan emosi dengan penulisan.
Sekarang aku masih menulis.
Cuma menulis dalam note di henfon.
Tak publish. Tak post. Tak ada yang membaca.
Cuma Allah dan diri sendiri jer yang tahu.
Alhamdullillah a'la kuli hal..
Semoga Allah merahmati dan menjaga kita semua dengan kasih sayang yang tak pernah hilang..
~CL~
new2024
Comments