:: MANA CEK LALA? LAMA TAK NAMPAK ::




Assalamualaikum..

Weekend lepas aku p program Retreat kat Gopeng. 
Saja post aktiviti mandi sungai kat story IG. 
Ade laa nampak muka aku nan seketul...
Terlupa yang kata story IG link dengan story kat FB. 

Makanya.. bertalu talu la messenger aku masuk...

"lama tak nampak Lala..."
"Ceklala.. lama tak masuk FB,.."
"ila p mana? lama tak nmpak..."

aku diam tak reply walau seketul emoji.

Yer lah.. aku ni dah lama tak aktif kat FB.
Lebih 4 tahun dah.
Dok jadi stalker jer skang.
Baca FB org, like posting yg mana berkenan.
nak update mcm dulu dulu dah malas.
Nafsu tak bergelora mcm dulu dah.
Baca FB pon ada masa, kalo free betul baru bukak.
Atau time nak tido, bukak kejap scroll tgk.. 
Ade yg menarik kita baca.

Kenapa yer?

Entah lah.. faktor umur mungkin.
Aku dah bersama FB sejak awal awal FB bertapak dulu...
Dari umur aku 20an.. sekarang dah masuk 4 siries.
Tak pernah buat acc baru. Nama jer tukar tukar.
Takpe lah.. itu semua sementara..
Takde kepentingan utk aku atau kerugian pada sesiapa.
Aku selesa begini... Senang hidup begini... BAHAGIA..

Blog ni pon sama..
Usia lebih kurang dgn FB...
Sebelum ade FB aku bergembira dgn Blog sendiri.
Menulis tanpa henti, bercerita tanpa jemu.
Marah, gembira, Meluah, menangis hanya bersama Blog kesayangan aku.

Tapi.. bila ada FB, aku lupa pada Blog.
Tinggal... terus tinggal... sendirian dia di sini..

Sekarang, aku kembali bercerita..
masih CUBA utk kembali...
Tp tak seghai_rah dulu... 
Nafsu perlu dikawal agar tidak melencong...
kerana apa?

KERANA AKU SEDANG BAHAGIA DGN AKU YANG SEKARANG...

TERIMA KASIH TUHAN...

ALHAMDULILLAH...

💓💓💓

Comments

Popular Posts