::Pemergian Yang Amat Dirasai...:

26 April 2008...
Sepatutnya tarikh tu adalah hari aku n hubby pergi pemilihan untuk mewakili Universiti ke Sukan Staf di Serawak. Tapi rezeki pada hari itu tak menyebelahi kami apabila jam 3.30 pagi, kami terima panggilan yang mengatakan nenek hubby aku telah meninggalkan kami sume utk selama-lamanya.... Inalillah....

Berita tu memang mengejutkan kami, terutama my lovely hubby. Sebab hubby aku ni dulu dijaga dan dibesarkan oleh nenek dia dari dia berumur sehari... Panggilan yang diberikan pada nenek dia pon "mak". Hubby aku memang sgt2 manja dgn mak. Dia terlalu sayangkan mak lebih dari dia sayangkan mama. Arwah mak pergi pon bukan kerana sakit apa. 2,3 hari sebelum tu, mak cuma demam. Mak takde sakit teruk, cuma mak adalah bekas pesakit strok. Walaupun gitu, mak boleh berjalan mcm biasa sebab mak kuat semangat. Apa yang aku tahu, mak tak pernah mengeluh sakit walopon mak sakit. Mak memang kuat semangat.

Apa yang kami ralatkan, waktu mak menghembuskan nafas yang terakhir, tiada sesiapa pon disisi mak melainkan tok wan. Sebab waktu tu, mak jatuh dari katil dengan keadaan muka tersembam ke lantai. Ya ALLAH! Sebak hati aku teringatkan keadaan mak waktu tu.

Subuh tu, org2 masjid dtg ke rumah utk beri penghormatan terakhir. Semua yang dtg, tgk wajah mak, akan kata, muka mak bersih. Mak tersenyum. Mungkin mak dah bersedia untuk meninggalkan kami sume. Bulan lepas, kenduri kawen sepupu hubby aku. Buat di rumah mak setelah berpuluh tahun rumah tu sunyi dengan suasana kenduri. Aku sendiri terdengar cakap2 mak, yang mak kata mak hanya nak tgk cucu dia yg ni kawen, lepas ni dia nak pegi. Itu dh menunjukkan mak memang dh tahu hayatnya takkan lama... Mak.. pemergian mu amat dirasai...

Tok wan memang sayangkan arwah mak. Walopon dorang selalu bertekak, bergaduh, tp bila mak pegi, keadaan tu paling dirasai oleh Tokwan. Suasana menjadi pilu tiap kali tokwan buka tutup kain yang menutup muka mak lebih dari 50 kali. Setiap kali dia membuka selendang itu, dia pasti akan cium wajah bersih mak. Itu yang membuat hati kami semua sebak dan tak tahan melihat perilaku tok wan.

Hubby kesayangan aku, sampai ke hari ni dia masih bersedih. Mungkin dia kesal sbb sebelum mak pegi, dia tak dapat jumpa mak. Mungkin ade sesuatu dalam hati dia yg terbuku, tak dapat utk dia luahkan. Aku faham perasaan hubby. Faham sangat-sangat. Sebab aku tahu mcm mana sayangnya hubby pada arwah mak. Setiap kali kami balik ke rumah mak, mak tak pernah lupa utk tanya kami pasal makan. Kalo dia tgh mkn, berkali-kali dia akan ajak kami makan sama-sama dgn dia. Menurut saudara mara hubby, arwah mak adalah orang yang paling pandai masak. Mcm2 resepi mak yang menjadi turun temurun mereka. Walaupon aku ni hanya cucu menantu, tp ketiadaan mak, tetap aku rasai....

Untuk hubby, redhakan lah pemergian mak... banyakkan sembahyang, sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin untuk mak. Semoga roh mak dicucuri rahmat Allah SWT.... Semoga mak di tempatkan disisi orang2 yang beriman...

--------------------------------------------------------
FINGER NOTE! Al-Fatihah.....

Popular Posts