::MINGGU PENAT::

Telah melepasi minggu yang sangat FENATTTTTT!!!
Ari ni pale aku dh beron!!
Mata aku mcm separuh jer yg terbuka..
separuh lagi menunggu masa untuk di lelapkan!!
Huhuuhuhu.. Sangat Fenat dan FENATTT!!!!
Entry aku yang lepas tu pasal nak g Ganu n training sepanjang minggu.
Start 19hb tu, aku sepatutnya join da party Kem Atlit yang dah dianjurkan.. Tapi disebabkan, ade kekangan dan konflik dalaman kat skul aku, jadi nyer, aku hanya dibenarkan pelepasan keje setiap petang sajork... Malam pulak, kena hadir utk sesi Motivasi utk sume Atlit USM.
So, setiap petang sepanjang 19hb sampai 22hb aku dh bertenggek di Pusat Bowling, Megamall, Seberang Jaya utk training. Tu pon.. ade jugak konflik dalaman antara pemain-pemain kami.. hurmm.. biasa lah tu.. kalo dh ramai2.. mcm2 kerenah nak kena hadap dan HAZAB!!
Gambar masa training?
huhuhuu.. malas nak snap! BOLEH??

Pulak nak jadi citer, si dara aku tu, tetibe lak demam.. Jumaat tu, aku tgh kebizian di opis (setup barang utk ke bengkel) petang En.Nurul sms aku katanya dia bawak kakak ke klinik. Demam, Muntah n cirit!! Terkedu aku! Sebab nyer, pagi tu kakak mmg ok. Tp dia memang ade mengadu kat aku yg dia sakit kepala. Hadoii.. anak2 skang kan.. dah pandai tahu sakit kepala lah sakit itu lah.. sakit ini lah.. kalo aku dulu, kalo dh kata demam tu, demam jer lah.. nk ckp sakit tang lain2 tak reti nak bagitau!
Aku bergegas balik ke umh, setel kan ape keje kat umh, sbb sebelah mlm nyer, aku kena minta tlg En.Nurul jagakan anak2 sementara aku KENA pegi ke Motivasi di Kem Atlit tuh. Walopon skejapan, tp aku tetap kena pegi utk ambil attendance. Malam tu, Dina memang demam yang teruk. Muntah tak henti! Asal masuk je air or susu, tak sampai bape menet, dah muntah. Tu sebab Dina tak nak makan sebutir nasi pon! Lepas aku pujuk2 dia tuk makan ubat, (dia tak nak mkn ubt takut muntah) sejam pastu agak nyer dia rasa lapar, dia minta bihun goreng yg aku tgh makan. Tahu pukul bape masa tu? 11.30mlm!! Perut aku mendidih ok lapo! Tido mlm aku memang tak lena sbb setiap jam mengawasi tahap kepanasan badan dia. Dina kalo demam mmg badan dia akan panas lebih dari 39 degree C!
Kakak Dina demam

Adik ni tgh bohsan giler! Kakak demam, dia takde geng nak main tendang2 bola.. Ajak ibu, ibu sangat fenat syg... Alih² ibu bagi dia penapis oren tu, suh dia main tangkap bola dgn penapis tu.. hehehhe.. jadi lah kan dik..

gambar ni sehari sebelum Dina demam. Tengah hari sebok ajak ibu p kedai potong rambut! Tau dak dia nak potong rambut mcm sape? "ibu.. kakak nk potong rambut mcm adik.." erkkk...

Hurmm.. sebijik la mcm perangai ibu masa kecik² mana mahu rmbt panjang... Sentiasa jer berambut pendek...


23hb (sabtu) aku n best fren kena jadi teknikal asist utk satu Bengkel yang skul aku jalankan. Sangat fenat laaa... Dah ler malam nyer tak tido, pagi2 limun aku dh kena drive ke Hotel Sunway, Seberang Jaya utk attend bengkel tuh. Pagi aku bangun tu, Dina ikut bangun juga. Aku bagi mandi dia, sebab ikut petua org² tua, kalo badan panas dlm, elok mandi pagi² sebelum matahari terbit. Jirus air dari kaki naik ke kepala sambil baca selawat 3 kali. Lepas bagi mandi, aku bagi Dina makan ubat n minum susu. Then dia tido balik. Aku pon gerak kluar umh. (anak² Encik Suami laa yg jaga..) Bengkel tu hanya utk exco tertinggi skul aku, dan staf teknikal yg kena bertugas hanyalah 2 ketul wanita ini! Kerasss kami hokkeyy!! Tak penah² selama 8 tahun aku kat skul ni, kena jadi technical asist tuk setup all multimedia system. Tatau nak ckp mcm mana sangat meletih! Sebab kami berdua ni jugak yg terlibat dengan Kem Atlit tu. *adakah ada propaganda tersembunyi??* Heppp!! tak baekkk...

Me n my best fren

Break1st n Lunch @ Sunway Hotel yUmmmYYY!! SEDAP OKK!!!

Bengkel abis jam 5 dan terus aku berdesup balik umh. Sebab dalam kepala asek memikirkan anak yg demam dan rumah yg tak terurus. Dina dh ok, dh boleh main² dgn adik walopon badan nyer masih dedar. Muka org sakit tu sgt terserlah! dgn bibir yg kering dan badan nampak susut. (erk.. baru demam sehari tu!) Malam tu, aku kena hadir lagi ke Kem Atlit tuk acara penutupan Kem dan mendengar amanat² dari orang² penting USM. Malam tu aku balik agak lambat dari biasa. A BIG thanks tuk hubby yg tersyg sbb memahami kesibukan wife dia ni... SAYANG DIAA!!

Ahad pagi 23hb, ada sukjab (Sukan Antara Jabatan) pertandingan Paintball. Haduhhh.. mana aku tak penat kan! Paintball dari pagi sampai petang. Kali ni anak² ditinggalkan pada pengasuh sebab mls nak bawak. Skang kan musim panas. Drg tu pulak mana la reti nak duduk dendiam. Melasak jer keje nyer!!
Skul aku hantar 3 team. Team aku tak leh masuk semi sebab kalah dalam kumpulan. Tapi Team yg lagi satu dapat masuk final dan akhir nyer berjaya menjadi JUARA!!! HOOYEYYYY!!!
So, untuk perlawanan SUKJAB yang pertama bagi tahun 2009, PPKKIMIA dah dapat gelaran juara!!


Piala ni dah pon indah bersemadi di Pejabat PPKKIMIA

Ini hadiah yg aku n my best frens dapat.
Satu dia punya, satu aku punya.
Kena bullet okehh!!
Tembakan rambang dari jarak dekat!
Hampeh tulll!!!
Sakit nyahhh....

Balik umh ptg tu, aku tak leh la nak bersuka ria berlenggang perut. Menguruskan kain baju yg menimbun menunggu giliran utk dibasuh. Tp malam tu, aku tido dgn keadaan yang?? erkkk.. pehaham ler sendiri...

Comments

Popular Posts