::TGK WAYANG::


Korang dh tgk citer Sifu dan Tongga ni?
Aku adalah tengok sudah...
Citer yang santai, simple n kelakar...

Aku masuk panggung selepas 15 minit masa permulaan. Al sebab nyer... masa kami sampai panggung, tidak disangka adalah begitu ramai umat manusia pada hari khamis jam 12.30 tgh ari!!! huhuuhuu!!!
Ape ke hey lah deme ni?? tak kroje ke kome?? Aku cuti... (kata aku dlm ati.. nyehh..)
Ndak tak Ndak.. kena lah beratur dlm barisan yang agak pjg.. nk tengok wayang punyer pasal!! huhu!

Okeh citer Sifu n Tongga...

Citer ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy (Erra Fazira) dan Izaq (Azad) untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Dorang ni tinggal dalam satu gua yang memang ceruk ulu banat hutan. Izaq telah menculik Mila (Fouziah Ghous) dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Chief (Piee) iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh chief, Sifu (Apek) dan kawan baiknya, Tongga (Nabil) berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu ni ada keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib. Kelakar bila tetibe sifu gedik gedik macam kena rasuk bertukar jadi "nenek" untuk mendapat panduan nak cari Mila. Tongga plak, amik note bila setiap kali Sifu menjelma jadi "nenek". Ini telah tolong dorang untuk tinggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur. Disebabkan tak pernah keluar dari hutan, Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini. Kereta dorang panggil 'binatang kaki empat bulat-bulat'. Motorsikal dorang panggil 'basikal'.
Banyak rintangan-rintangan yang dihadapi Sifu dan Tongga sepanjang perjalanan mereka untuk menyelamatkan Mila. Dorang kena masuk lokap, lari dari lokap. Dan paling best, curi kambing wat bbq kat tepi jln roundabout siap ade air pancut.. Selamber badak jerk! Dalam citer ni ade satu scene Azwan Ali jd mak nyah. Terserempak ngan sifu & tongga kat 'kotak 4 segi kepala harimau..Aaauummm!!' Mesin ATM la tuh... Mak Nyah tu suh sifu n tongga pegi kedai pajak gadai suh gadaikan barang² kalo nak duit. Kekonfiusan berlaku disitu, dorang berdua ni, pandai la pulak membaca, sebab dorang dapat cari kedai pajak gadai itu! hahahha... org hutan tak buta urop tau! Sampai kedai pajak gadai, sifu gadai rantai dia, dapat RM5000 beb!! huhuuuhu...
Lepas tu, mcm2 lah kejadian yang berlaku semata-mata nak mencari Mila. Dalam masa yang sama Mama Tammy nak wat satu rancangan tv untuk menyiarkan cerita tentang Mila pada umum. Masa rancangan itu tersiarlah sifu n tongga nampak gambar Mila dalam tv...
Adakah sifu n tongga dapat menyelamatkan Mila?
Tentulah dapat kan....
Tapi macam mana dorang leh selamat n pulang balik ke hutan, korang pegilah tengok sendiri...
Bagi aku, citer ni adalah simple n santai...
Ade gelak-gelak.. tp org sebelah aku mcm tak dengar jer dia gelak.. tak ada perasaankah beliau?
huhuuu...
Nak bagi bape bintang? 3 star star star cukup lah! heheheh!

Comments

Popular Posts