::USM DI PUNCAK GUNUNG KINABALU::




Dalam paper Utusan Malaysia ari ni...



KKSSK di Puncak Kinabalu 2009

Setelah hampir dua bulan menjalani latihan, akhirnya seramai 18 orang staf USM akan menggalas cabaran untuk menawan puncak Gunung Kinabalu pada 26 Feb. 2009. Mereka bertanggungjawab membawa nama KKSSK, Kampus Kejuruteraan dan Universiti Sains Malaysia bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun ke-40 USM. Projek ini menjadi lebih manis dan bermakna kerana pada tarikh yang sama, Menteri Pengajian Tinggi akan melancarkan Pelan Transformasi APEX USM.


Penaung aktiviti ini ialah Y.Bhg. Puan Sri Datin Masrah Haji Abdiin, manakala Prof. Nor Azazi Zakaria bertindak sebagai Penasihat. Delegasi seramai 33 orang yang diketuai oleh Pengarah Projek, Dr. Zainal Ahmad akan berlepas pada 23 Februari 2009 dan kembali ke Kampus Kejuruteraan pada 28 Februari 2009. Para pendaki telah mempersiapkan diri sejak awal Januari lalu dengan menjalani latihan kecergasan dan turut mendaki Bukit Larut, Bukit Panchor, Bukit Bendera dan Gunung Jerai di bawah kendalian jurulatih Sjn Abdul Manaf Hj. Che At dari PALAPES Tentera Darat USM.

Di Sabah pula, para peserta akan memulakan pendakian pada 25 Februari melalui pintu masuk Timpohon dan bermalam di Rumah Rehat Laban Rata sebelum meneruskan pendakian keesokan harinya lebih kurang jam 2.00 pagi ke Puncak Low yang mempunyai ketinggian 4,095.2m. Para pendaki, yang diketuai oleh Dr. Mohamad Hekarl Uzir, dijangka tiba di puncak pada jam 6.00 pagi, bergerak turun ke rumah rehat Laban Rata sebelum jam 7.00 pagi dan tiba di pintu masuk Timpohon pada jam 3.00 petang. Satu majlis pelepasan dan sambutan peserta akan diadakan di Kinabalu Park.


KKSSK terpanggil menganjurkan projek ‘KKSSK di Puncak Kinabalu 2009’ ini sebagai usaha untuk melibatkan staf dengan aktiviti yang menguji kekuatan minda dan fizikal. Di samping itu, projek ini juga memperlihatkan bagaimana keakraban bekerja sebagai satu pasukan boleh merealisasikan sebuah impian walaupun pada awalnya dirasakan amat sukar dicapai. Selain daripada kerja berpasukan, sokongan daripada Unit Kesihatan, para penaja, semua rakan-rakan ahli KKSSK dan Ketua-ketua Jabatan turut memainkan peranan penting ke arah menjayakan aktiviti ini. Program ini juga secara tidak langsung mengajak staf untuk peka dengan alam sekitar yang menjurus kepada konsep mesra alam dan kelestarian sejagat.


Cabaran sebenar projek akan bermula pada 23 Feb. 2009. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Selamat Maju Jaya kepada para pendaki yang akan membawa bersama doa dan harapan semua warga Kampus Kejuruteraan. Mereka adalah kumpulan staf yang pertama yang mendaki Gunung Kinabalu di bawah naungan USM, khususnya KKSSK. Semoga kesemua pendaki dapat menawan puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini serta menikmati keindahan alam semesta yang sukar diungkapkan melalui kata-kata dan digambarkan melalui bicara.


Comments

arif said…
salam,bleh tk saya nk ambik post yang usm di puncak kinabalu n nk post kt dalam blog saya....pendaki malang
ceklala said…
Arif
Bolehh... silakan.. thanks for droping by...
Nape pendaki malang lak??

Popular Posts