::TERENGGANU SOKMO::

Kisah ke Terengganu yg pasti menjadi tahaper.. Sebab aku non idea nak bermadah berhelah. Korang rajin, baca lah..
Aku pegi Terengganu pada 2 Jun 2009 jam 3 petang naik bas beramai-beramai dari kampus kejuruteraan dgn atlet dan urusetia yang lain. Disebabkan en.Suami ku tidak dpt turut serta, jadi nyer.. aku dok dlm bas sorang² tanpa teman! HUuuwwAAA!!!
Tapi aku tetap terhibur dengan kerenah² dan lawak² bodo staf yg sume kebanyakan berpangkat separa pakcik²... Memang drg tu heppening giler sampai sakit rahang aku dok bergelak. Depa memang suka buat lawak! Aku pulak memang suka gelak-gelak!Dalam bas yang aku naik tu, ade 17 orang jer penumpang termasuk 4 ketul pompuan (including aku la tu). Itu hanya 1 bas dari kampus kejuruteraan. Tp mlm tu akan ade lagi 5 biji bas yang akan bawa atlet dari kampus induk.
Disebabkan bas yg aku naik tu al romantis punyer pemanduan, aku telah duduk dalam bas selama 12 JAM!!! 3 ptg bertolak, 3 pagi baru sampai! Singgah tah bape kali singgah. Singgah mkn lah... singgah 'berasap' lah.. singgah syuu syuu lah.. singgah sembahyang lah.. singgah isi minyak lah... Atee.. mana tak 12 jam!!
Tapi ok lah.. perjalanan yg tak terkejar-kejar. Ko berkejar pon nak kemana kan.
Dalam bas, aku layan baca novel sambil dgr lagu² mp3 dr hp. Tido, bangun, mkn kudapan, tido balik, bangun lagi, makan lagi, tak jugak sampai². Tapi sampai lah jugak ke tpt destinasi...kan..
*pagi² limun sesampai dibilik urusetia - aku yg pakai tudung itam putih tu, galas beg ade botol air coke*
*sumber gambar cilok dr kelab kksskk*
Kami sampai, g bilik urusetia buat pendaftaran ape sume, amik kunci bilik. Aku masuk bilik.. eh lupe, kami kontinjen USM berkampung kat hostel UDM (universiti Darul Iman) yg dulu dipanggil KUSZA kalo tak silap aku. Masuk bilik dia besar ok! Macam apartment. Dalam tu ade 5 bilik. 1 bilik ade 2 katil. Dah bape kali aku join sukan ni, pegi merata hostel U, hostel ni lah ade keselesaan dari segi bilik air. Bilir air yg besar dah luas. Bilik air UDM ni aku leh bagi 5 bintang! hehehhe...
Pagi tu sampai, aku tak pk lain.. aku pikir hanya mau rehatkan ini mata! Dah setel² ape sume, wat report kat en.Suami kata dh selamat sampai, bum!! terus aku tido! pukul 8.30 pagi jaga, dpt call dr kwn team boling aku yg tny, kat mana bilik hostel sbb drg yg bertolak mlm td dr induk, dh sampai. HuuUHuh.. Cepat nyer dorang sampai...
Pastu... dh takde citer yg menarik utk dikongsi, sbb aku tak bape nk ade mood sepanjang ade kat sana. Sbb, ini kali pertama aku join sukan antara U ni en.Suami tak ikut sama. Selalu tetiap tahun kami laki bini dok ada jer.. Tp tahun ni, suami ku takde sbb tak lepas ms sesi pemilihan ari tu. Aku pon, kalo ikutkan, mmg tak lepas jugak sesi pemilihan. Tapi aku dpt pegi atas tiket sbg 'jurulatih' utk pasukan boling wanita.

3 Jun- boleh dikatakan kebanyakan atlet USM dan atlet² dr Universiti lain dh sampai ke kampus UMT dan UDM. Masa banyak abiskan kat bilik masing², rehat², kemas² bilik. Lepas maghrib lebih kurang jam 7.45 segerombolan atlet USM telah pegi ke satu tpt utk makan kenduri.. Bukan kenduri kawen yer.. tp lebiah kpd kenduri doa selamat + doa kesyukuran utk kami sume atlet dari USM. atlet U lain tak campo! tpt kenduri tu kat erea Anees Inn di Mengabang Telipot tah hape tah.. betul ke tak aku tatau!

4 Jun- takde ape yg menarik. Cuma kami pakat sakan meronda *'kami' tu adalah merujuk kpd team boling wanita shj yer*. P tpt training. Sebab tpt kejohanan sepatutnya dah runtuh (stadium). Maka kami pon terpaksa lintang pukang merata hala mencari tempat utk training. Jadinyer, buat pertama kali kejohanan kali ni, team boling lelaki dan wanita dipisahkan. Lelaki main kat KT Bowl yg terletak di pusat membeli-belah Astaka kat pekan Kuala Terengganu. Manakala wanita pulak main di TER (Terengganu Equesterian Resort), Kuala Ibai dekat ngan Masjid Terapung. Tiada gambar sbb aku sangat tidak bermood utk bergambar. Hari² kami yang kosong, diisikan dgn berlepakan di bilik, meronda di Giant, p training, atur tpt mkn, tido, khatam surat kabar dan diulang perkara yang sama (tolak p Giant) selama 2 hari.
*Stadium Sultan Mizan yang ranap itu*

6 Jun- Siang aktiviti biasa. Dan malam tu adalah majlis perasmian yang diadakan di Stadium Tertutup bersebelahan dgn stadium yang runtuh itu. Dalam hati aku pon dok berdoa jgn lah ade ape2 kejadian yg tak diingini berlaku. So far, alhamdulillah..
Buat pertama kali, aku 'dipaksa' terlibat dalam perbarisan masuk atlet². Ampas jer.. baru nak ngelat, siap dh cari port baik nak lepak, dh ade org mendengki panggil turun suh masuk perbarisan. Sudah nyer, aku pon malas nak bergambar sgala sbb moody + rimas + panas. Ade nyer gambar pon aku klik² ala ala tak ikhlas dan jugak yg aku cedok dr website kelab kksskk. heee.. harap xde org marah...



*mascot SUKUM34*





Comments

Popular Posts