::CERITA HARI RAYA [Episod 4]::

Jangan terkejut.. ini bukan pasar ramadhan...
Ni cite raya ke 3... hari membakar ikan, udang, sotong dan kerang... Tukang bakar nyer adalah adik ku yg terchenta dan abang ku yang tersayang... sangat lah menarik pemandangan sebab tukang bako nyer tak pakai baju.. ala-ala half naked gitu!!! huhuhuu!!!
Kejadian ini terjadi tanpa dirancang sebab aku mmg nak wat buffday party tuk anak dara ku dikampung.. Alkesah... tokey² udang dan ikan telah bermurah hati memberi ikan pada abah aku yakni sebagai Pengurus Persatuan Nelayan kat erea situ...
So, dengan rasa sukacita.. kami adik beradik pon membakor la ikan-ikan tersebut secara berjemaah...
Lupe nak cite ehh.. adik beradik aku tak sume yang balik... Kakak aku yg sulung, tahun ni turn beraya diumh mertua di Muar.. so tak balik lah... Kakak aku yang nombor dua, dah balik beraya pada hari raya pertama.. pastu, ptg raya tu dah balik ke Ipoh... mcm aku lah jugak sbb keluarga mertua dekat... Jadi yang tinggal hanya bujangan... abang [still available], adik lelaki dan adik pompuan aku...

Baik.. berbalik pada cerita.. kezen2 n makcik, pakcik ku beramai-ramai datang berkumpul kat umh aku.. halaman agak lecak sebab baru pas ujan.. betapa anak bujang aku seronok giler main lecak! kakak nyer dok sebok makan kerang n udang sbb ittew fav dia... [mcm papa dia lah!]
Ini kek buffday dina.. takde la kek mahal2... Bluberry jerr... tu pon sedap taww!! Abisss....
psttt: paklang tu abang aku.. tarikh buffday dina n abang aku sama... 13/9

Buffday Gegurl yang agak pemalu pada hari berkenaan...

**Harap mahap... video nyanyi² lagu besday tak dapat nak upload... huhuuu.. sbb aku mls nak menggodek dah.. FENATTT!!!**

Dalam kami sume dok sebok² membako ikan sgale.. anak bujang aku telah mandapat green lite dari sume sedara mara nyer tuk bermain dengan lecah yang tersedia didepan umh...
Betapa gumbira hati beliau kerana tiada siapa yang melarang atau menjerit menghalang dia bersenang lenang meranduk air lecah ittew... sampaikan mak mak sedara dia yg kecil kecik molek ittew pon tak mampu nak mengawal kebuasan insan kecil yang bernama Muhammad Shah Darwish...
Haku??
Hanya terkebil-kebil dan menggeleng kepala melihat situasi itu berlaku sehingga sampai satu tahap insan kecil itu berenang-berenang didalam lopak air dan aku tak kan menunggu lagi.. terus tangkap masuk bilik air... MANDIIIIIIIIIIIIIII!!!!! huhuuu...
Huwwaaaaaaaaaaaaa... nangih


inilah hasil nyerr...
puas ati!!

--------------------------------------------------------------
Nota Bulus kaki!>>Inilah cerita hari raya ketiga..<<

Comments

Popular Posts