::DOA BUATMU::



Photobucket
YA Allah
Kau ampunilah dosa yang telah aku perbuat,
Kau limpahkanlah kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...

Ya Allah...
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash,
berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku ke titian Mu,
kurniakanlah aku sifat kasih redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu,
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekiranya suamiku ini adalah terbaik untukku di duniaMu,
peliharalah tungkah lakuku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya...
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
beri aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya...

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkan aku jalan terbaik untuk aku hargai segala dugaanMu.
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu,
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suamiku tunduk dengan nafsu yang melalaikan,
kurniakanlah aku kekuatan untuk aku memperbetulkan keadaannya..
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena...


Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan,
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
berilah aku petunjuk ke arah rahmat Mu..

Ya Allah... Bimbinglah aku...


Comments

Popular Posts