::MANDI WILADAH::

Entry khas utk kaum ibu saje..
Just nak tanya korang...
Penah dengar tak pasal Mandi Wiladah??
Korang tahu ke ape tu Mandi Wiladah?
Mandi Wiladah ni tak sama dengan mandi Nifas yer...
Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.
1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.
Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.
Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala"
Info dari SINI

Aku tanya ni bukan sebab ape..
Ade 2,3 ari lepas, pengasuh anak² aku tetibe anto sms memalam buta tanya aku ade tak mandi wiladah masa melahirkan anak.. Aku jawab la ade.. aku tanya dia kenapa? dia tak penah mandi ka? (sebab dia dh anak 3).
Dia cakap, dia mandi.. cuma dia ade tanya 2,3 org jiran yang lain (surirumah mcm dia jugak) ade yang tak penah Mandi Wiladah. Dan tak tahu pon ade Mandi Wiladah... Then dia tanya la aku, samada aku ade mandi wiladah ke tidak.
Aku sebab masa lepas bersalin dulu, mak aku penah pesan suh mandi Wiladah sejurus lepas melahirkan anak. Sebab antara 2 org kakak aku yang dah penah bersalin tu, aku jer sorang yang bersalin secara normal. Kakak² tu 2,2 'potong perut'. Jadi sesape yang ade pengalaman bersalin ceaser ni tahu lah kan.. lepas 'dipotong' harus lah tak sedo diri.. Anak pon, misi yang bagi susu... itu kakak aku.. aku tatau la org lain...

So, pada kaum wanita yang dah kawen dah beranak pinak, atau yang baru nak mengandung anak pertama, atau yang sedang menunggu hari nak deliver, harap info ni boleh jadi pengetahun tuk kita sume... Amin...
|
|

Comments

ONE ZABA said…
musim tengkujuh ni , ramai orang mandi hujan je.
Nurul Iyzah said…
salam perkenalan....

memg betul, ramai yg tak tahu pasal mandi wiladah ni. ada yg dah beranak pinakpun, tak pernah mandi wiladah..

Popular Posts