::SAYA NAK CUTI YER::

DONE!!!

Aku dah tersenyum hari ni... ^__^
Semalam dah dapat habuan.... ahakss!! = )
Hari ni dapat lagi.. Hikss!! :-)

Ape??????????

Imejin yang bukan2 la tuuuuu!!!
Aku shopping lite2 jer la semalam...
Pegi membuat dosa, memonteng keja.. huhu!! *Hari ni cover valik*
Walaupun mata wang susut sikit.. Tapi, aku korbankan jua demi sebuah TENSION!

Tah kenapa aku tiba-tiba menjadi moody semalam...
Hanya kerana seekor semut, rosak teh seteko!!
Mencikkkkkkkkk!!
Tak suka kalo aku tension!!
Sebab aku akan abaikan segala tugasan aku...
Aku akan kluar mencari ketengan Jiwa.. Ceh!! Konon!! Puiiii!!!

Malam tadi berhempas pulas, aku packing baju2...
Malam ni aku dah nak bertolak ke Rawang... Umah kakak aku di Taman Tasik Puteri... (lalu depan umah MR.. Lambai2 kat MR.. haha!)
Adik aku yang lelaki tu nak kawen dah.. huhu!! (hilang geng 'pinjam duit')
Adik aku yang dipanggil 'ACIK' oleh anak² sedaranya..
Adik aku yang sengat RAJIN melayan anak² sedaranya... Hinggakan tiap-tiap tahun raya, beraturlah anak² sedara ni menunggu ACIK belikan mercun dan bunga api...
Ini gambar masa kami sekeluarga bercuti di Cameron awal tahun lepas.. Yang berbaju merah tu lah adik lelaki aku yang nak kawen ni.. 
Bakal nyer orang Kapar, Klang. So, kami semua kaum kerabat Kampung Jawa, Trong akan berdo'ah-do'ah ler ke Klang sanun...
Esok aku dah diberi tugas oleh Kak Long nak setup hantaran. Hantaran suma ada kat umah Kak Long. Kak Long dah godeh sikit-sikit.. So, finalnya aku lahhhh!! 
Aku ni takde lah tangan kreative seni bina ape pon.. Tah laa.. Bila dah pegang tu, automatik idea mari.. Godeh sana sini.. Tgk2 cunnnn... Boleh laaaaaa!!
Masa Abang aku kawen aritu pon hantaran aku yg godeh serba sikit... Tapi bukan tang gubah telekung jadi istana ke, tuala jadi itik ke, TAK!! TAK!! Yang tu memang aku comfirm tak reti!!
Aku godeh yang deco-deco jerr... tempek bunga sana, tempek bunga sini, Itu jerr...

Esok siang, seharian aku comfirm kena penjara dalam umah kakak aku tu. Memang tak leh nak jimba ke mana-mana. Tapi, malam aku kena curi masa kejap. Sebab mau jumpa sama my BFF yang dah lama tak jumpa.. Rindu sama u olss taww!!!

Malam tu jugak, insyaAllah rombongan satu trak dari Kampung Jawa, Trong akan sampai. Sabtu, kami bergether-gether membawak pengantin ke Klang utk akad nikah. Sabtu malam kami akan stay kat Chalet di Klang sana.. chelet penama aku tatau.. Nanti kalo aku rajin mau hangkut brodben, aku update live from kampung dusun okeh!!! Yang pasti, akan ada LAUT!!
Yesssssss!! Mak suka LAUT!!! BUkan suka mandi laut yer.. Tapi suka TENGOK LAUT!!

Ahad, insyaAllah.. kenduri besarnya akan berlansung...
Tatau apa yang akan berlaku seterusnya...
Doa-doakan lah kami sekeluarga selamat segalanya....

SAYA NAK CUTI YERRRR!!!





Comments

Popular Posts