::SEMINAR BIJAK BELAJAR::

Sebelum tu ampun dan maaf dipinta.. Aku betul2 lupa nak up kan citer ni...
Kejadian ni berlaku bulan lepas... Aku ni memang lah... penyakit LUPA tu tak boleh nak ilang. 
Yang boleh lupa tu, sebab aku tunggu gambar.. dh dpt gambar, nak kena edit bagi kecik sket.. besar gedabak gambar nyer.. bukan 1, bukan 2, tapi beratus!! Nak letak watermark pon aku dah tak koser.. haih! Ni pon aku select jer yg mana berkenan dihati.. yg lelain.. lantak p situ!

Ini pasal Seminar Bijak Belajar yang Pusat Pengajian aku anjurkan utk pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Sungai Bayor, Selama, Perak pada 19 & 20 Feb 2011.
Aku ditugaskan sebagai fasilitator (yorrr lah sangat!) utk aktiviti dalam kumpulan (sabtu) dan marshall untuk explorace (ahad). Taknak cakap panjang... Korang tgk gambar jer lah eh..

Hari pertama, dah masuk suaikenal ape sume, ade sesi pengenalan dari pensyarah-pensyarah yang terlibat. Kemain tau bebudak sekolah ni.. bukan main bergayoooo laei!!!

Lebih kurang jam 11, aku n the geng punya turn. Aktiviti dalam kumpulan (LDK)... ade lapan kumpulan. Masing2 boleh pilih kumpulan mana yang nak. Aku amik kumpulan semuanya budak lelaki. Sebab aku ni adalah diantara pompuan garang kat Skul ni, jadi dorang lebih percaya aku boleh handle bebudak boboys ni.
tgk muka pon tau garang nak mamfosss!!!
kusyuk bebudak ni dgr aku dok bagi pembohongan... haha!!
Memula drg mcm malu-malu la ngan aku.. Tapi aku cuba utk bercakap sbg seorang 'kakak' utk adik-adik. So far, dorang ok. Siap dok buat loyor buruk tu yang tak tahan. 
Dalam aktiviti ni, dorang diberikan beberapa helaian kertas surat khabar dan disuruh utk buat kapal. mcm mana bentuk pon tak kesah. janji jd kapal!! Lepas tu, dorang kena buat satu matlamat atau target. utk sekeping kertas surat kabar tu, bape banyak kapal yg drg boleh buat. Hah.. yg tu sebenarnya motif aktiviti dia... Ade gak kaitan dgn target SPM dorang utk tahun ni. Lepas tu, pepandai lah aku bagi auta dan fakta pada dorang. Bila dah dapat bercakap, memang aku tak blh nak berhenti. Tapi masa tak lama, cuma diberi 45 minit jer utk LDK tu.. Ini lah pengalaman manis utk aku sbb first time dpt jadi fasilitator. Dulu aku igt lagi, masa aku sekolah menengah, tingkatan 5 la jugak. ada beberapa student dari USM, Penang dtg ke sekolah aku utk buat motivasi pada kami. Dan skang, aku pulak yg dpt jadi fasilitator utk bebudak ni.. Walaupun aku bukan STUDENT USM, tapi aku STAFF USM! Bangga sehh!!!


Abis LDK, dorang masih ada lagi ceramah dalam bilik seminar tu dari beberapa orang pensyarah yang lain. Tengahhari, aku balik rumah lah.. Sian kat anak-anak n tok Lucky aku.. Balik bawak nasi ler utk depa kat rumah. 
Lepas lunch, bebudak sekolah tu tadi ada sesi lawatan dalam makmal. Aku tak terlibat. Malas dah.. balik umah jer terus. 

Petang, sepatutnya ada perlawanan persahabatan antara staff dengan pelajar-pelajar tu semua. Tapi hujan. Dah tak jadi. Lagipon dorang punya program petang tu habis lambat. 
Malam, dorang ade lagi program. Sepatutnya ade la fasi2 yang siang tadi untuk join program malam tu. Tapi aku malas nak pegi. tak larat pulak rasa badan ni. Lagipun, keja kat umah terbengkalai abis. Tapifasi yang lain ade la.. (student-student USM).

Ahad,
pagi ade explorace. Staff n student terlibat sebagai marshall. Memang banyak check point. Aku kena jaga checkpoint untuk permainan SODOKU. Serius!!! Aku tak reti benda alah sodoku2 ni... 

Sesi memanas kan badan sebelum explorace
Check point pertama,
susun kertas menjadi bentuk yg diberi.


Seterusnya, boling kelapa...
guna buah kelapa sebagai bola dan golekkan utk jatuhkan botol..

Lepastu buat geruk.. menggunakan daun kelapa..
Geruk = sarung nangka
Pandai bebudak ni buat geruk!

jalan-jalan lagi...
lari-lari....

Check  point seterusnya, isi air dalam botol....

lari-lari-lari lagi...
jumpa check point buat layang-layang guna kertas surat kabar dan lidi. Kemudian naikkan sampai layang2 tu terbang...

Seterunya, check point aku.. Sodoku...
Kesian bebudak ni.. penat-penat berlari tengah-tengah panas, pastu mai kena perah otak pulak nak buat sodoku ni...
Akhirnya, aku bincang2 dgn bos yang menguruskan explorace ni, kami bersetuju nak bagi jawapan utk sodoki tu. Sebab dah ramai sgt yg stuck kat situ. Susah bebenooo!!!

Check point seterusnya.. sesi menjawab soalan-soalan..
Soalan ape aku tatau...

Balik ke tempat permulaan, utk check point terakhir...

Memancing botol..

Ade rupa mak tiri tak aku?? haha!

Marshall yg teringin nak merasa mcm mana memancing botol..

Abis explorace, memasing naik ke bilik seminar utk sesi penutupan dan penyampaian hadiah.
Yg depan tu, pengetua sekolah dan pengerusi PIBG sekolah.

barisan staff yang komit dengan tugas.. ceewahhhh!!!

Sebahagian cikgu-cikgu dari sekolah tersebut...

Sesi penyampaian hadiah utk semua... Menang kalah, suma dapat..

Mari kita bertukar cenderamata... :

Kusyuk dok tengok tanyangan slide..

Salam-salam ape sume.. 
Pastu makan.. pastu membawa haluan masing2!!!

Dah abis... tu jer!! heheh!!
(tatau nak ending mcm mana! :p)



Comments

Popular Posts