::BIAR SATU ASAL ANGGUN DAN UNGGUL::

//>Jadilah wanita yang memahami dan jadilah lelaki yang mudah utk difahami .

//> Mengapa pilih utk berasa sulit memahami dan payah utk difahami. Hidup ini indah kalau kita melihat secara mudah, tetapi hidup itu menjadi hitam kalau kita melihat secara kelam.

//>Lelaki yang telah dipunyai sama ada dalam istilah teman, tunang mahupun suami bukankah baik berfikir, bertindak dan berkelakuan seperti seorang lelaki yang telah punya teman, punya tunang dan punya isteri? Bukankah susah kalau masih berlagak, berfikir dan bertindak sebagaimana lelaki yang masih belum punya tanggungan?

//>Lalui hidup selari dengan keadaan sebenar, bukankah lebih mudah daripada berlakon dan berpura-pura?

//>Wanita sudah berpunya bukankah lebih baik berfikir, bertindak dan berkelakuan sebagaimana telah berpunya? Mengapa mesti memikirkan yang bukan-bukan sebab itu sangat memenatkan. Menyangka diri masih anak dara sedangkan status telah berubah, bukankah sakit? Menyangka jiwa masih muda sedangkan umur telah mencecah setengah abad, bukankah penat? Bukankah lebih baik berfikir, bertindak dan berkelakuan sebagaimana kita seharusnya kita?

//>Kalau ada jalan raya yang lurus lagi cantik, bukanlah lebih mudah berjalan di situ daripada berlari di atas landasan keretapi?

//>Kalau pasangan okey adalah lebih baik bertahan dan kekal bersamanya berbanding membina hubungan2 baru meskipun dibenarkan dalam agama.

//>Tidak salah seorg lelaki hendak membuka 'cawangan' baru tetapi eloklah perhati diri dan muhasabah selalu .

//>Memiliki dua buah kereta memang nampak bergaya tetapi setiap kereta ada ragam-ragamnya yang tertentu. Memanglah seronok sebab kalau satu rosak ada satu lagi sebagai ganti, tetapi kena ingat juga kadang2 dua2 boleh rosak serentak. Tatkala rosak begini, apakah kita memikirkan utk mencari kereta ketiga?

//>Tidak salah kalau pun hendak memiliki yang ketiga tetapi kena ingat juga, yang ketiga pun tidak terkecuali dari karenah2 tertentu. Apakah kerana itu kite hendak mencukupkannya menjadi empat? Memang hebat nampak tetapi pemilik selalunya lebih tau tentang apa2 yang dimilikinya. Sesah senang memiliki hanya diketahui oleh org yang memiliki.

//> Walaupun hanya ada satu tetapi dia yang terbaik, itu tentu lebih bermakna daripada banyak tetapi tiada satupun yang senonoh . Kalau dia rosak perbaikilah dia.

//> Kadang2 dia rosak bukan disebabkan dia sengaja hendak rosak tetapi kita sebagai pemilik gagal memberikan penjagaan yang sempurna .

//> Usah salahkan kereta rosak kalau kita tidak pernah ambik kisah tentang enjinnya. Selalunya kereta yang diselenggarakan dengan baik akan kekal anggun hingga ke sudah.

//> Menjadi lelaki yang macho adalah lebih baik daripada lelaki yang hancur dan menghancurkan. Menjadi wanita yang anggun jauh lebih baik daripada menjadi wanita yang tidak menyenangkan lagi amat tidak tersusun. Hidup kalaulah lama mungkin kita boleh 'berjoli' sambil utk mencuba itu ini dan berbuat begitu begini, tetapi hidup terlalu singkat utk membenarkan kita beritndak serupa itu.

//> Lelaki dan wanita adalah berbeza tetapi saling memerlukan lagi saling melengkapi. Jadikan dia pakaian bagi kita dan kita pakaian baginya - saling melindungi dan membahagiakan utk matlamat yang sama dan serupa.

"JADILAH WANITA YANG MENYENANGKAN LELAKI. JADILAH LELAKI YANG MENYENANGKAN WANITA.
MENGAPA MESTI SALING MENYUSAHKAN? BUKANKAH HIDUP ITU ADALAH HAK UTK BERASA SENANG?
MENGAPA PERLU MENGAMBIL LANGKAH2 YANG MENDUKAKAN? BUKANKAH BAIK KALAU SALING BERTOLENRANSI SEBAB USIA YANG BERBAKI TIDAK PATUT DIISI DENGAN DUKA DAN AIRMATA."

--------------------------------------------------------
FINGER NOTE!>>Semua Pengalaman Lalu, Lebih Mematangkan Aku Utk Melalui Hari2 Yang Bakal Mendatang<<

Comments

Popular Posts