::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tadi kan aku berborak ngan sahabat alam maya aku...
Lama kami berborak...
Kami sembang pasal EGO...
*cane yer leh tersembang psl tu?fikir *
Kawan aku cakap...
#EGO ni tak menyebabkan seseorang itu dihormati#
betul la kan.. ade ape ngan EGO? Dh ramai org dh aku tny soalan tu.. Tapi sume jawapan sama.. "TAK TAU"
Kenapa mesti nak pertahankan keEGOan yg belum tentu mendatangkan keuntungan melainkan kerugian... Aku pon tak faham dgn sesetengah org yang merasakan dirinya megah sebab berjaya pertahankan EGO.
Kawan aku kata lagi...
#Org yang EGO ni selalu dibenci#
Kesiankan... Tapi aku bersimpati dgn org² yang mcm ni... mungkin ade sebab dan musabab mengapa dia sanggup dibenci org semata-mata nak pertahankan EGO dia... Tapi berbaloi ke dgn hasil yang dia dapat? Kerana EGO, dia dibenci. Kerana EGO, dia hilang kawan². Kerana EGO, dia hilang kasih sayang... hurmmm...
Kawan aku kata,
#Org yg EGO ni mungkil dirinya jahil#
Jahil dalam mendalami ilmu agama... Aku pon, bukan nyer "angel". Aku juga manusia biasa. Tak penah lepas dari melalukan kesilapan. Tapi aku tidak sombong untuk belajar menjadi manusia. Aku tidak malu untuk mencari ilmu. Dan aku tidak lokek utk berkongsi ilmu... Insyallah...

#KEEGOAN, KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN HANYA AKAN MERUGIKAN DIRI SENDIRI#

Kadang kadang manusia selalu tertipu dengan angan² hidup dorang... Mengimpikan sesuatu yang belum pasti menjadi milik mereka. Mengangankan kesenangan tanpa ada usaha dari titik peluh sendiri. Sedangkan realitinya, mereka masih terlena di dalam angan yang mereka ciptakan sendiri. Namun, bila cuba dikejutkan... mereka menunding jari kepada kita. Mengatakan yang kita salah. Kitalah punca...

Memang benar... semua masalah yang timbul datang dari diri sendiri jugak. Cuba teliti balik diri sendiri atas bawah. Cari ape yang masih kurang dan Fikirkan ape yang perlu dibuang. Ape yang aku cakap, adalah motivasi utk diri aku jugak. Aku tak pernah mandabik dada mengatakan yang aku ni hebat! Suma masalah ni berlaku pada suma orang. Sebab kita berurusan dengan manusia. Lainlah kalo berurusan dengan komputer. Kadang² kita susah nak dapat apa yg kita harapkan. Sebab, kita selalu mengharapkan sesuatu yang baik. Tapi yang datang, sebaliknya. Jadi janganlah kita berputus asa. Mungkin ade hikmah disebalik sume tu.

#KITA JGN SELALU MENGHARAP, KERANA MENGHARAP ITU TIDAK PASTI TERTUNAI. TP KITA BOLEH BERSABAR KERANA KESABARAN ITU MENGAJAR KITA ERTI HIDUP#

Kadang² juga bila kita terlalu sabar, maka lagi banyaklah dugaan yang kita akan terima. Tapi kita tak boleh duk diam meratapi nasib malang. Sebab setiap dugaan yang DIA turunkan utk kita hambaNYA, hanyalah untuk menguji sejauh mana keikhlasan dan redhanya kita menerima takdirNYA! Itu bermakna ALLAH masih sayangkan kita, masih beri peluang utk kita kembali kepadaNYA! Oleh itu, waktu senang atau waktu susah janganlah kita lupa akan tanggjawab kita kepada yang MAHA ESA!!! Wallahualam...

**SESUNGGUHNYA YANG BURUK ITU DATANG DARI AKU PACAR YANG HINA... YANG MULIA DAN SUCI ITU DARI ALLAH SWT**

---------------------------------------------------------------
FINGER NOTE!>>Andainya aku khilaf... maafkanlah..<<

Comments

Popular Posts