::MALAM ANUGERAH::

Malam tadi ade Malam Anugerah utk staf dan pelajar di department aku AKA pusat pengajian tpt aku keje ni... Nama "Malam Anugerah", bunyik macam grand jew kan?
Tapi memang grand pon... Ala-ala buat kat hotel gittew! Katering dari hotel, Hotel Damai. Satu-satu nyer hotel yang agak pemes kat pekan Parit Buntar ni... *jgn komen psl pekan Parit Buntar ni ok!* *hehehhe.. ape kes ni?*
Yang serve kan makan we all pon, bebudak yg keje kat hotel tu gak... Makanan, bagi aku kire ok gak... *kenyang mcm nak tercabut kanceng korset aku! wahhh! *
Tapi agak malang, gambo makanan aku tak sempat nak mensnap kesemua nya.. al kesah kerna sume nyer lapo dah tahap drakula, asal makanan sampai jer, cekau! 5 menet pastu, clear! *aku termasuk dalam golongan ittew yer!*
Rasa bertuah, sebab Naib Canselor (VC) USM (Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak) datang tuk bersama-sama join da party! Walopon beliau terlambat, tp events we all tetap berjalan dengan lancar. Kata VC dia lambat sebab malam tadi, malam jumaat. Jadi, selalu malam jumaat dia akan membaca doa lebih panjang sedikit. Alhamdulillah.... *igt mlm jumaat, korang mulalah pk kelain eh! *
Lagi satu yang membuatkan kami nyer dekan (Prof. Abd Latiff Ahmad) tersenyum lebor, sebab VC puji. Doa ape yang Prof Latiff pakai sampai dia berjaya mengumpul kesemua Timbalan² Naib Canselor dalam satu majlis macam ni.. Yer laa.. org² besar mcm ni, susah nak cari masa free dorang. Kalo ade majlis ape², kadang² org ni ade, org tu takde.... Tapi malam tadi, dapat lah kami² ni tengok jugak kesemua Timbalan² Naib Canselor... Student² pon ramai yang amik peluang tuk amik gambo ngan VC n TNC...
Enjoy sangat tengok dorang!
Pastu pasal anugerah² tu ramai jugak kali pelajar² yang berjaya dapat anugerah cemerlang dalam study dorang. Ade yang dapat pointer 4.0!!! huhuhu! sangat kagum aku!! cemane lah ko blajar yer dik?
Anugerah tuk staf sokongan, paling terperanjatkan aku, aku tak sangka lak, aku leh dapat malam tu! hik hik hik! *Tapi takde la aku dapat kole piuter tu... * Anugerah Sukan Cemerlang yang aku dapat malam tu... hehehhe.. gara-gara aku wakil Universiti men bowling merata negeri lah ni.. ceewahhhh!! bunyik mcm pro jer kan! Auw!
Pastu anugerah² lain tuk Staf Cemerlang, Staf Paling Lama Berkhidmat, Staf Favourite (anugerah paling glemer ni) . Then tuk staf akademik lak, pemilihan dibuat melalui jurnal² atau research² yang dorang hasilkan.
So far, ok la majlis malam tadi... sume orang enjoy... Termasuklah aku.. sebab malam tadi dressing aku lain macam sket.. biasa nyer aku kat tpt keje, kosong and empty jerr.. hehehe.. tp malam tadi, baju aku lah yang paling glemer aku rasa! hahahhahah!!

*VC and the Kroni.. woopps!*

*Menu For That Nite.. ermm*

*ini jer makanan aku sempat snap!*

*Anugerah Yang Aku Dapat*

*hehehe... terover dos neh!*

---------------------------------------------------------------
FINGER NOTE!>>KENYANG PERUT, BALIK UMH BEST JER TIDO! ihikss!<<

Comments

Popular Posts