::CUTI PANJANG - CITER 2::

Lepas kenduri sume kepenatan... Tak cukup siang, malam pon masih ada lagi sedara mara yang jauh datang berkunjung... Nak dijadikan citer, kakak abah aku yang tinggal di Pahang, memang lansung tak tahu cerita yang abah aku nak ke Mekah. Abah dah usaha hubungi dorang, tapi nombor telifon dah ditukar dan takde sape pon yang tahu perkembangan kakak abah aku tu. Takdir Tuhan nak menemukan 2 beradik tu, kebetulan kakak abah aku sesaje jer nak balik ke kampung abah (kampung mak n kampung abah dekat²). Bila dia balik ke kampung abah, sedara sedara sume bercerita pasal abah. itu yang terus dia datang ke rumah kami malam tu jugak. Drama titisan air mata terjadi... Kami sume turut terasa...

Bila dah selesai suma, lebih kurang jam 11 malam baru lah kami anak beranak dapat berkumpul. Kami 6 beradik, mak dan abah...
Mak mulakan.. dan seperti biasa kami akan mendengar nasihat² dan pesanan² dari mak. Air mata dah mula membasahi pipi masing²... Lepas tu giliran abah pulak, memberi amanat kepada anak². Kakak aku yang sulung paling berat dan besar tanggungjawab dia. Macam mana abah percayakan kan Kak Long. Macam tu jugak kami adik beradik percayakan Kak Long.
Malam tu air mata kami tak surut².. entah lah.. tak tahu kenapa terasa sangat kesedihan bila kami tahu yang mak n abah nak pergi. Sepatutnya kami gembira dan bersyukur, tapi bila kami mengenangkan yang kami akan kehilangan mak n abah utn satu tempoh yang agak lama, membuatkan perasaan kami tak boleh untuk tersenyum...
Tiba mak memeluk adik perempuan ku yang bongsu, menangis mak dalam pelukan adik. Mak risau Adik tinggal sorang² nanti kat umah. (Adik aku now tengah bergelut dgn final exam di Politeknik Tanjung Malim). Macam² yang mak pesan kat adik...(tp mak agak lega, sebab keta abah ade dengan aku. Kalo tinggal kat adik, mmg pjg langkah la dia..) Giliran adik lelaki aku, agak manja mamat cengeng ni.. nangis tak benti²... Abang aku, menangin atas ribaan mak. Memohon ampun, dan minta mak doa kan dia supaya terbuka hati untuk mencari pengganti "mama" kepada anak² nya... Mak turut menangis mungkin mengenangkan perjalanan hidup abang banyak sangat ranjau dan duri...
Suasana malam yang sunyi semakin pilu dengan esakan kami sekeluarga. Keadaan tenang seketika, masing² melayan esak tangis yang masih bersisa. Giliran aku mengesot melutut dan merebahkan kepala ke atas riba mak. Hanya ucapan mohon maaf yang mampu aku berikan. Aku tak mampu nak berikan mak dan abah ape² pon, sebab aku tak mampu.. Aku benar² tak mampu..Sendu aku tak boleh mengawal keadaan... semahu-mahu aku menangis didalam pelukan mak... Aku mohon mak supaya mendoakan kebahagian aku dunia akhirat... serta merta abah datang peluk aku sambil menangis. aku terkedu! Dalam tangisan, aku minta ampun dari abah sebab aku dah buat abah menitiskan air mata lagi... Dalam ramai² anak abah, aku yang selalu buatkan abah menangis... Dan utk sekian kali malam itu, aku menitiskan skali lagi air mata abah... Sume keluarga tahu akan perjalanan kisah hidup aku sebagai seorang isteri.. terlalu banyak kedukaan yang aku alami.. Tapi malam itu, satu kisah pon tak ada yang diungkit.. Masing² pendam didalam hati... Semua memohon agar aku mendapat keredhaan dan kebahagian dunia akhirat... Begitu erat kasih sayang antara kami sekeluarga...
Aku pon tak sangka, bila turn aku yang suasana yang tenang kembali dihujani dengan esak tangis kami sekeluarga... Aku tahu, mereka amat bersimpati dengan nasib yang aku alami... Kami masing² ada masalah yang tersendiri... Tapi selagi bernama KELUARGA, apa saja kesusahan yang kami alami, semua dikongsi bersama... Begitu jugak dengan kakak aku yang no 2. Tuhan menguji dia, dengan menganugerahkan seorang anak yang istimewa. Anaknya tak sempurna spt anak² lain.. Tapi anak itu tetap ISTIMEWA dimata kami sekeluarga... Kakak aku meminta mak dan abah mendoakan semoga anaknya itu sehat dan selamat menjalani pembedahan... (InsyaAllah, nanti aku akan buat satu N3 khas pasal anak kakak aku ni)
Malam itu, kami semua tido dalam keadaan mata yang bengkak sebab menangis.. Apeerr daaaa!! hehehhe.. Esok pagi, kami dah berjanji dengan mak dan abah, utk tidak menangis lagi... Hantar mak dan abah dengan keadaan yang paling gembira...

Comments

Popular Posts