::GATHER GATHER::

Ok.. N3 Seterus nyer sebelum penutup tirai 2008 menjelma...

Ahad, 28 Disember adalah hari perjumpaan untuk para blogger penang Kalo tgk kat website dia mcm akan ramai jer nak join da party.. ghupe nyer.. 2,3 ketul ajerkk.. tak kesah!
Janji berjumpa-jumpaan...
Aku seperti biasa, mengendong 2 henbeg yang berusia 2 dan 3 tahun dan seberat 12 dan 18 kilo hagak nyerr ittew... **dah lama tak timbang berat anak² daku**
Dan seperti biasa jugak, kalo nak kluar jenjalan rope itu anak² daku harus menggedik sakan sebab seronok ibu nak bawak jenjalan...
Aku dah berjanji ngan Kak Azza Sedetik Hati sejak 2 hari sebelum itu lagi. Kami nak g saing. Kak Azza lak suh aku naik keta skali ngan dia.. Aku ni bukan ape, risau.. Anak2 aku ni tak semenggah sket perangai nyer. Kalo naik keta, sgala mcm bnd sume nak diusik... Haruslah keta Akak cantik aku tuh nnt bersepah-sepah..

Tapi, kak azza kata, ok jer... Aku pon ok lah.. Janji punya janji.. nak tunggu kat Kriko. Aku kluar umh dah ler awal sikit dari jam yang dijanjikan. Sebab nyer, anak² aku tu dah tak sabo2 nak jenjalan... Aku bawak slow melow ikut jalan lama.
Aku sampai di Kriko kak azza baru nak otw dr umh dia di Alma.. dokek yooo! Tapi sementara nak tunggu akak cantik tu sampai, sempat jugak lah anak² daku itu bergaduh berebut barang seround dua.. aku lak sempat jugak bertempik sekeping dua kat dorang!! Nyehhhhhhh!!
Sebelum Kak Azza Sampai... Ibu mcm biasa, control cun dpn camera. Anak² daku bergaduh berebut coklat.. Gasak lah korang!

Kak azza sampai, kami pun terus ke destinasi perkarangan Masjid USM sebab nak berjumpa ngan intan. **Aku kenal intan ni pon dari Kak Azza masa nak g Gath. Seblm ni tak kenal n tak penah masuk blog dia pon** hehehhe.. tak sangka kami dibawah kerajaan yang sama! NGEEEE!!
Dah jumpa intan, salam-salam, peluk-peluk sgale, kami pon meneruskan perjalanan ke destinasi utama tempat gather gather.. QUEENSBAY MALL!
Thennn!! Taraaaaaaaaaa!! Dah jumpa.. So, lihat2 lah gambar ittew!





A lot of Credit to Luth, Intan, Kak Azza n Kairyl Sebab membenar kan daku mencilok beberapa keping gambo dari blog kalian!! Nyehhhh!!
Anyway... rancangan Tuan Rumah Bloggers Penang, BERJAYA!! Walopon yg dtg 2,3 ketul! TUMBS UP TO HIM!

Lepas kejadian... kami masing2 bawak haluan... Aku still bersama akak cantik. Cadang2 nak bawak anak2 daku jenjalan di Tesco. Tapi dalam perjalanan, tetibe akak cantik wat cadangan nak ke umh sorang lagi blogger di Kulim yang dah lama kami merancang utk terjah umh dia. Umah Kak Kamsiah. Dengan berbekalkan igt2 lupa kak azza dan jpwn "yer lah kot" yang kluar dr mulut aku stiap kali kak azza tny, "betul ke ni La?", sampai jugak kami di hadapan umh Kak Kam dengan selamat dan jaya nya!
Memang betul kata kak azza dalam N3 nya di blog Sedetik Hati. Kami memang kelaparan. Sebab waktu dah petang. Kami cuma isi perut tadi di QB dengan seketul ayam. Aku pulak tengok kek pisang kegemaran ku itu.. Haduhhhhh!! mencrettt-creettt perut aku bunyik.. sib baik kak azza tak dgr! hahahha! Kak Kam mcm tahu2 jer La suke mkn kek pisang! Takde lah.. kebetulan.. kan kak?
Sambil makan, harus lah bergambo... blogger kan.. di mana-mana ajer harus ade gambo!
SEE!
Ini aku cilok dari blog akak cantik.. hehhehe...



Dan ini anak Kak Kam yang sangat menggebukan!
Haduhhh.. Sangat geram aku tgk.. Dan aku sangat yakin berat nyer itu adalah sama berat jika kombinasi berat Dina dan Adik!
huhuhuuu!!! sangat SYuumeeLL!!!!


Comments

Popular Posts