::COOK N EAT ON WEEKENDS (DDCL)::

Bagus punya tajuk BI kat atas. Cikgu BI baca harus gelak tungging langgang!
Jumaat lepas keja, pasrah aku hangkut bebudak berdua ni ke Pasar Malam Parit Buntar. Pasar malam tu sangat besar. tapi aku hanya pegi suku daripadanya jer. Sebab aku memang dah target nak beli ikan n sayur2 jer. Mengheret budak berdua tu bukan kerja senang... tambahan pulak, dah pandai merengek nak kan itu ini. Aku dengan sedaya upaya takmo jadi ibu tiri yang garang, tapi berusaha menjadi ibu ayam yang garang. Garang dengan org sebab nak lindungi anak² dia. Mana tak nyer korang. Kat pasar malam tu kan ramai orang. tangan aku kiri kanan dah penuh barang. mana nak pegang depa lagi. Aku tawakal jer. Mulut aku tak henti² dok pot pet pot pet kat depa suh jalan dekat² dengan aku. Ade jugak insiden adik terlepas sekejap dari aku. Sebab berselisih dgn org dan dia makin terkebelakang kebelakang dari aku. Tapi aku still keep on eyes. Tengok dia dan panggil² dia suh datang kat aku. Dan Alhamdulillah.. para malaikat lindung anak² aku.

Aku pegi pasar malam pon sebab ini jer. Anak² aku suka makan kerang dan sewaktu dengan nya. Dah banyak hari dorang dok sebut² nak makan "cengkerang". Aku pon terpaksa lah cari. untuk anak² jugak. Tapi balik umh, aku tak buat pon. Esok nyer hari sabtu baru aku buat. Bangun tido, setelkan hal umah, then terus aku masak utk tengah hari. Pukul 1 dah boleh makan lunch. Kerang ni aku rebus dulu sebab budak² tu dah tak sabar nak makan.

Ini yang aku masak utk hari sabtu lepas...
- Masak lemak kobis + tempe
- Kerang rebus
- Air asam + budu
- Ikam kembung kukus masam manis...

Petang tu plak, aku gigih buat kek coklat. teringin punya pasal!!
Resepi biasa, tapi aku tak bakar mcm biasa, aku kukus kan.
Sedap la jugak. Walaupun aku tidak lah makan beria. Anak2 aku pon bukan nyer pemakan kek, Lucky aku biasa jer makan2 kek ni... macam aku gak.
Alih2, petang tadi separuh dah aku bawak ke opis.



Ahad tu disebabkan Lucky aku takde, aku buat nasi goreng sotong ni jer. Makan lah kami anak beranak sampai ke petang. Petang tu aku macam kesian lah pulak kat bebudak berdua tu makan nasi goreng jer.

Aku gigih la masak pulak...
- sotong tumis ape tatau nak bagi nama (aku tumis dengan serai sebab takde halia)
- Kobis + carrot tumis dgn sos ikan

anak-anak aku kan... memang suke nau lah dgn seafood ni.. makan sotong tu ajer deme!
Tapi takpe, aku suka bila anak2 aku suka makan. tapi masalah nyer, aku ni lah.. MALAS nau nak masak!

hehehhehehe... Selamat Berpuasa utk anda semua!!

Comments

Popular Posts